Saturday 9 January 2016

Homestay di A'famosa..Melaka Lagi.

Musim cuti sekolah hampir tamat. Mak sedang rancak membuat perancangan percutian family. Percutian ini dirancang last minit so dalam kepala mak hanya Melaka yang terlintas..katanya senang untuk family akak dan abang di Kl untuk berkompol.


MAKLUMAT PERCUTIAN

Tarikh Percutian: 20 Disember 2015  – 22 Disember 2015Tempoh percutian yang agak panjang selama 3 hari 2 malam adalah dirancang untuk memberikan ruang waktu yang selesa dan tidak tergesa-gesa.
Hotel Pilihan: A'famosa, Melaka
Sebelum ini pernah dua kali menginap di Hotel A'famosa, Melaka..Tetapi kali ini agak berpuas hati kerana keadaan rumah yang diselengara dengan baik. Kemudahan yang ada turut menyenangkan kami untuk keluarga yang ramai ini.




Kolam renang yang wajib ada untuk anak-anak buah mandi manda
Keadaan dalam Homestay yang kemas dan bersih.
Keseluruhan percutian kami adalah menyeronokkan. Despite waktu yang sibuk di hujung tahun, lagi-lagi dimelaka memang terkenal dengan jalan yang sesak, saya menaiki kereta family kak ina,ini kerana mak dan adik sudah bertolak awal dengan pergi ke rumah kak suhaila di Kajang.
Kami bertolak dari Johor Jam 9.00pagi jadi kami sampai di Melaka dalam tenga hari setelah sempat singah di perhentian untuk sarapan pagi. Selamat sampai di Melaka terus ke Dataran Pahlawan sebab abg ipar Mus hendak cari barang sekolah untuk anak bujang nya.
Anak dara nie sempat berposing 

1 comment: